8/28/2010

Amala Yang Baik Untuk Dikongsi Bersama

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

rujukan : Facebook

8/25/2010

practice also make habit (^_^)

Pendidikan Jasmani: ENgLIsH.....

Pendidikan Jasmani: ENgLIsH.....

ENgLIsH.....

Practice make Prefect..

but

nobody is Prefect...

so

why practice......

8/24/2010

Terbangkanlah Rama-Rama Itu...

kredit to baljeet2506

Bukan nak cerita pasal rama-rama....

Beberapa hari lepas elaun sudah masuk. Alhamdulillah... Lepas juga akhirnya azab yek. Betullah orang cakap penantian satu penyeksaan dan bila berakhir saja penantian itu maka terciptalah kebahagiaan.

Jadi, tanpa ayat-ayat kiasan, madah-madah indah dan simpulan kata puitis, diharap kita dapat menyelesaikan beberapa bayaran yang selama ni cukup ditunggu dan dinantikan oleh Cik Puan Sarah selaku syahbandar yang menguruskan hal-hal kewangan.

Antara bayaran-bayaran perlu diberi perhatian ialah ufti kelas (seminggu RM 2) yang boleh digunakan untuk hal-hal kelas, duit lawatan ilmiah ke ISN, duit Seminar Penyelidikan PISMP - IPG PJ S8, duit buku EDU 3109 dan Edu 3108 (boleh terus merujuk pada koordinator atau pensyarah berkenaan) serta duit jamuan Berbuka Puasa Perdana.

Selain itu, diharap dapatlah kiranya semua menyediakan beberapa not lagi untuk duit jaket korporat dan percutian bulan madu PISMP - IPG PJ S8 bersama Jabatan PJK (masih diperingkat perbincangan).

Ada apa-apa pertanyaan sila berhubung terus dengan Cik Puan Sarah. Huhu... Terbangnya duit ibarat rama-rama itu. =(

Makluman

Untuk makluman, berikut adalah tarikh-tarikh yang perlu diberi perhatian. (Rujuk ruangan 'Semalam dan Esok')

25 Ogos 2010
Berbuka puasa / moreh di Balai Islam

27 Ogos 2010
Nuzul Quran

30 Ogos 2010
Jamuan Berbuka Puasa Perdana PISMP - IPG PJ S8

31 Ogos 2010
Hari Kebangsaan ke -53

1 September 2010
Berbuka puasa / moreh di Balai Islam

1 & 2 Septermber 2010
Audit MQF

3 September 2010
Penyerahan Kerja Kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 318)

4 - 19 September 2010
Cuti Hari Raya

20 September 2010
Penyerahan Kerja Kursus Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3109)

22 September 2010
Program Klinik Rawatan Kecemasan

26 September 2010
2010 Olympic Run

30 September 2010
Seminar Penyelidikan PISMP - IPG PJ S8

1 Oktober 2010
Penyerahan Kerja Kursus Penyelidikan Tindakan (PJM 3119)

2 Oktober 2010
Desaru International Triathlon 2010

3 Oktober 2010
Adidas King of the Road

6 Oktober 2010
Lawatan Ilmiah (PJM 3118) ke Institut Sukan Negara

10 Oktober 2010
Mizuno Run

30 Oktober 2010
Penyerahan Tugasan Projek Kecederaan dalam Sukan (PJM 3118)

31 Oktober 2010
KFC Walkathon

14 November 2010
Powerman Malaysia (Lumut, Perak)

19 Disember 2010
Malakoff 12 km and 6 km Kuala Lumpur Run

(Sebarang perubahan atau pindaan akan dikemaskini dan dimaklumkan.)

8/22/2010

suraya..bukan nama dia..

kisah cinta iskandar dengan murni sudah habis. maka, sesiapa yang belum tahu lanjutannya, sila hadir ke mcana71.blogspot.com selamat mambaca.

kawan kawan yang banyak beri sokongan, aku ucapkan jutaan terima kasih. jumpa lagi:)

tamat.

yang kedua,

ada lima acara lagi untuk kita sertai sama sama,
larian mcdoanalds, larian mizuno, adidas king of the road, powerman 10, malakoff 12 km.

8/21/2010

Kod Etika Profesion Keguruan

(Pembentangan oleh Abdol Hariz dan Abdul Hadi)

MAKSUD ETIKA
  • Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995).
  • Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
  • Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
  • Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
SKOP ETIKA PROFESIONAL

Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang b
ertakwa dalam keseluruhan hidupnya.


ETIKA PERGURUAN

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar


KEPENTINGAN ETIKA GURU

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana :
  • Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
  • Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  1. Niat yang betul.
  2. Perlakuan yang baik.
  3. Pengerak ke arah kebaikan.
  4. Memperkotakan apa yang dikatakan.
  5. Berdisiplin dan beradab
  6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi.

Elaun Terakhir 2010

bila sebut pasai elaun.....sume best...tp bila dgr elaun yang terakhir, asanya rindu plak kerana inilah elaun yang terakhir kami para bakal Graduan PISMP Pendidikan Jasmani dapat....
rindunya pada suatu ketika dahulu yang mana buat pertama kalinya menerima pemberian Elaun pada September 2005..Cukup bermakna.namun setelah hampir 5 tahun Setengah bersama elaun tersebut, akhirnya sampai masanya untuk penerimaan yang terakhir.

walaubagaimanapun, semuanya diharungi dengan hepi dan biasa2 aje.....

Futsal Piala Dato' B

Meriah

Terima Kasih Kepada Semua Yang Terlibat Menjayakan Kejohanan futsal merebut Piala Dato' B yang diadalan di Stadium Futsal Paroi, N9....

Khas buat geng2 PJ Sem 8....
Pasukan rumah Luar yang sememangnya hebat terutamanya team Rumah Desa Rhu.....

walaubagaimana pun johan kejohanan ialah pasukan rumah No 6. manakala pasukan yang kalah di final pula pasukan Rumah Desa Beringin yang mempamerkan skill menarik oleh para pemainnya...

ini merupakan kejohanan yang sihat disamping dapat mengeratkan hubungan sesama kita...dgn harapan dpt diadakan edisi ke 2...

marilah majukan sukan utk kita...

8/18/2010

AHLUL JAWATAN KUASA SEMINAR

Untuk maklumat semua mengenai seminar penyelidikan..

tarikh : 30 September
masa : 8.00 pagi.
tempat : balai ilmu atau di jabatan TMK (thetreathe)

Ahlul Jawatankuasa...

Pengerusi : Encik halil petang2...
n.pengerusi : cik kiah kebaya
setiusaha : Che wa abdul hadi wan senayan
n.setiusaha : Che Nurul Lata Celak
Bendahari : Sarah Tun Saidil

Ahlul Jawatankuasa lain2...

pendaftaran : amy, wan baling
peralatan dan teknikal : mat rOsnida dan mac
cerderamata/sijil : Bus dan sa,puluh,ratus...
dOkumentasi/repOrt : Izza dan Farhaen
ProtOngkOl : Che Mad dee Stone Cold.
MC : Hj.Aizan dan Che Hariz
Doa : Al-fadhil Ustaz Syeih Aiman Feisal
Buku prOgram : Siti Minah wan kembang
PublisitiOn : Che Fizah layu...
Makanang : Mr. Amer Kuyu
Tugas2 Khas : VickyOkO..

* sila pastikan anda yang menjadi ahlul jawatankuasa merujuk sebarang kesulitan kepada pengerusi dan n.pengerusi..hal2 sulit tidak di benarkan...

Kata-Kata Hikmah 2010

....Renung-Renungkan Dan Selamat Beramal....

" Dalam gelap yang pandai boleh silap,

Dalam terang yang bodoh boleh gemilang,

Dalam hitam tidak semuanya kelam,

Dalam putih tidak semuanya bersih."

CiKGu GRik
18082010

8/16/2010

PATAH......

dari kiri : vickyOkO, Lelaki Belalang, Daniel AlvesOs...


aku, wan, vicky.......tgk rambut mac mcm org patah ja...haha...
abg 'tm' dah mcm nk prOmote streamyx..- vicky.
aZakiah...dah melaram sakan...

Apa da...

Forum hari ni sampai pencatat pOn leh bagi jawapan..haha...
tak salah kalau kita keluar dari kekongkong hidup untuk bereksperimental.
oleh itu. aku yang cintakan sukan, cuba mengolah dan mengeksplotasi diri untuk mencari kelainan. silalah, baca kisah cinta iskandar dan murni, cinta monyet.  


terima kasih.

8/15/2010

TESIS...............!

Tolong3..............

tOlOng AnasLisis data aku....

Aku Upah bUah DukU...

Aku dah MaLas Nk RujUk BukU...

SaPa-sapa Leh Wat kt Aku??

8/11/2010

Pencegahan Kecederaan dalam Sukan

(Pembentangan oleh : Aizan Syazwan, Mohd Noor Rushdee, Siti Aminah)

DEFINISI

Pencegahan kecederaan - dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.

PRINSIP PENCEGAHAN


1) Prinsip latihan
  • Penambahan beban senaman secara beransur-ansur
  • Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
  • Intensiti
  • Motivasi
  • Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif
  • Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
  • Rutin
2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.

3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :
  • memulihkan kecederaan
  • meningkatkan perkembangan
  • meningkatkan keyakinan diri

4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.

5) Keselamatan kemudahan dan peralatan
Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.

6) Peralatan perlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.

PELAKSANAAN PRINSIP PENCEGAHAN

Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.

Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana :

(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh

Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.


Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.

Pengurusan Emosi

Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.
Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

Rujukan :
@Sebijak Minda Berfikir
Coretan wmariffin

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan

Portal Sports Science

8/10/2010

Selamat Berpuasa!




PUASA!!!

Selamat berpuasa kepada sahabat2 PJK semua....

8/04/2010

Sukan, Perubatan Sukan dan Jurulatih Sukan

(Pembentangan oleh : Aizan Syazwan, Mohd Noor Rushdee dan Siti Aminah)

Konsep Sukan
  1. Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan.
  2. Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap aktiviti rekreasi.
  3. Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai peserta atau penonton.
  4. Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau elektronik dan sumber pendapatan.
  5. Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi, ( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
  6. Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan sebagainya.
"Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh badan."
- Kamus Dewan Edisi ke-5 -

Perbezaan Antara Sukan, Permainan dan Latihan
  1. Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).
  2. Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah kepada sukan seperti permainan kanak-kanak.
  3. Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu sukan.
Perubatan Sukan
  1. Perubatan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness).
  2. Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah kecederaan semasa bersukan.
6 Langkah dalam Kitaran Kecederaan


Kepentingan Terapi dalam Sukan

Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :
  1. Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
  2. Urutan sukan
Peranan dan Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas Sukan
  1. Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.
  2. Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.
  3. Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.
  4. Memberi perangsang kepada mangsa.
  5. Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
  6. Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.
  7. Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.
  8. Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan mangsa akan datang.
Rujukan :
UPM : Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

Scribd
National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases

8/03/2010

Pembentangan EDU 3108

Kepentingan Etika dan Kod Etika Keguruan Malaysia kepada seorang guru.
(Abdol Hariz, Abdul Hadi)

Kongsi cerita / isu-isu guru melanggar etika keguruan dengan rakan sekelas anda.
Bincang sebab-sebab berlaku ketidakpatuhan etika keguruan.
(Aizan Syazwan, Amir Faiz)

Cadangkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku kepada seorang guru yang gagal mematuhi etika, akauntabiliti.
(Azwan, Farhan)

Bentang isu-isu melibatkan penyalahgunaan masa dan wang yang mungkin berlaku di sekolah. Cadangkan cara-cara mengatasi masalah tersebut.
(Mohd Khalil, Mohd Noor Rushdee)

Kemungkinan aspek-aspek keprihatinan anda sebagai guru dalam tiga tahun pertama pengajaran.
Faktor penting yang menyokong perkembangan guru pada setiap peringkat.
Guru sebagai 'pelajar'.
(Muhamad Ridzuan, Muhammad Aiman)

Peranan guru sebagai agen perubahan dalam melaksanakan Program Literasi dan Numerasi.
Pemimpin yang disanjungi dan ciri-ciri istimewa mereka.
(Izza Muazzah, Noor Amelia)

Kemukakan satu masalah / konflik dalam organisasi / bilik darjah anda. Buat analisa dan aplikasikan teori kepimpinan yang terbaik untuk menyelesaikannya.
(Noor Azakiah, Nur Bazlina)

Fungsi dan peranan unit / bahagian di KPM / sekolah. Bagaimana unit / bahagian ini dapat menyokong perkembangan anda sebagai guru sekolah?
(Nur Shahida, Nur Hafizah)

Membentang penulisan jurnal reflektif individu untuk dikongsi dengan rakan sekelas.
Bincangkan kebaikan budaya musyawarah dan kolaborasi kepada seorang guru.
(Nurul Syahiza, Siti Aminah, Siti Sarah)

Membentang pelan pemetaan perkembangan kerjaya diri untuk dikongsi dengan rakan sekelas.
(Vickneswaran, Wan Mohd Rosdi)

Pesanan dari pihak penaja :

Untuk setiap pembentangan tutorial hendaklah merujuk kepada Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Mingguan EDU 3108 yang diedarkan oleh KU. Pembentang juga boleh merujuk pada persediaan tutorial untuk menyediakan pembentangan.
Untuk tambahan lagi, bagi sesiapa yang telah menempah buku Asas Kempimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, maka hendaklah kamu membayar kepada Datuk Syahbandar yang menjaga hal-hal ekonomi negara kita, Siti Sarah; selewat-lewatnya hari Isnin minggu depan (9 Ogos 2010).

8/02/2010

PELAYARAN KAPAL PJK...

Biar setinggi mana ombak "dugaan" melanda...
biar seganas mana badai "masalah" menghempas
tanamkanlah sauh "ketetapan hati"..
agar kapal tak "berganjak"haluan..

tetapkan lah keimanan di hati...

buat seluruh warga "PENDIDIKAN JASMANI"

LOVE U ALL..

8/01/2010

Kejayaan Terulung

We Are The Champion...

tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Ragbi 10's Raja Melewar edisi ke 2 2010 yang berlangsung pada 24 & 25 Julai 2010.

Johan Shield, The Prince telah membutikan bahawa mereka boleh melakukan dengan baik dan dinobatkan sebagai johan setelah menewaskan IPBA dalam perlawanan akhir Shield.

Johan baru Cup, The King telah memberikan impak yang maksimum setelah menunjukkan sesuatu yang menjadi igauan peminat serta penonton dengan corak permainan yang cukup bertenaga serta matang menewaskan Finalis tahun lepas iaitu IPIK Lycan dengan 10 mata tanpa balas.

terima kasih kepada pemain, coach serta pengurus pasukan The King serta The prince kerana menghaumkan nama IPG KRM yang telah diisytiharkan sebagai IPG Sukan menjelang 2013.

The King : We Are the Best 10's line up..

Pemain : Rush, Haziq, Aiman Safwan, Mirul, Jawa, Rosdi, Babal, Kleyton, Miejo, Hadi, Ipen, Anas, Judin serta Bro Awang.
Coach : En. Bisshukri B. Matrop
Pengurus Pasukan : Farhan Mohamad

Tahniah. kita bersama gegarkan dunia Ragbi....

"Ke Arah Permainan The King"
"majulah Sukan Untuk Diri, IPG, Negara"