Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar, Seremban, NSDK. Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan-Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP-IPGM) Major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2007.
4/04/2011
8/24/2010
Makluman
8/04/2010
Sukan, Perubatan Sukan dan Jurulatih Sukan
Konsep Sukan
- Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan.
- Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap aktiviti rekreasi.
- Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai peserta atau penonton.
- Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau elektronik dan sumber pendapatan.
- Sukan mengandungi; ( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi, ( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
- Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan sebagainya.
Perbezaan Antara Sukan, Permainan dan Latihan
- Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan).
- Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah kepada sukan seperti permainan kanak-kanak.
- Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu sukan.
- Perubatan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness).
- Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah kecederaan semasa bersukan.

Kepentingan Terapi dalam Sukan
Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :
- Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba
- Urutan sukan
- Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.
- Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.
- Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti.
- Memberi perangsang kepada mangsa.
- Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat.
- Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius.
- Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan.
- Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan mangsa akan datang.
UPM : Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
Scribd
National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases
7/02/2010
Pembentangan EDU 3109
Pembentangan PJM 3118
10/13/2009
Kreteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian.
ini adalah hasil perbincangan di dalam kelas. sila tinggalkan Komen jika ada sebarang pendapat.
mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan.
1. Infrastruktur/kemudahan yang mesti ada di sekolah (kelas pendidikan khas).
a. Sesuaikan tempat dengan keupayaan pelajar
b. Kawasan selamat
2. Tenaga pengajar
a. Kursus yang kerap – meningkatkan keupayaan guru untuk mengajar
b. Pengurusan masa yang betul – aktiviti/rehat/aktiviti
c. Perasaan kepada anak murid/sikap guru
d. Peneguhan positif
e. Bilangan tenaga pengajar sesuia dengan bilangan murid
f. Tenaga pengajr yang mempunyai kelayakan
3. Perkembangan murid
a. Berdasarkan pengalaman lepas
b. Proses penilaian untuk kenalpasti tahap keupayaan murid
c. Perkembangan fizikal dan perkembangan motor
4. Kreteria pemilihan aktiviti
a. Aktiviti yang menyeronokkan murid
b. Guna semua panca indera/teknik merangsang
i. Secara verbal
ii. Demokrasi
iii. Sentuhan/gerakan anggota murid
c. Guna analisis tugasan
d. Ubah suai pekara yang perlu – peraturan/peralatan/masa/cara mengajar
5. Persekitaran budaya dan tempat
a. Keadaan kurang selamat boleh menjejaskan keyakinan murid untuk belajr
b. Persekitaran melibatkan semua – masyarakat/keluarga/sekolah
9/08/2009
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
jika ada kesalahan atau kesilapan, sila tinggalkan KOMENTAR anda.
PJ untuk semua menekan kesamarataan peluang pendidikan untuk semua. Tidak kira mereka adalah daripada golongan yang normal, golongan berkeperluan khas, mahupun golongan yang kurang upaya. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga berkait rapat dengan perkembangan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Kaitannya dengan PJ Suaian ialah golongan yang kurang upaya boleh mengikuti dan mempelajari kemahiran dalam PJ sama seperti golongan normal, tetapi dengan beberapa cara sehingga tahap kemampuan mereka. Ini bermaksud, tenaga pengajar menggunakan kurikulum yang sama, tetapi perlu menyesuaikan aktiviti yang mahu dilakukan sewaktu kelas PJ.
Antara faktor-faktor penting yang perlu diberikan perhatian ialah tahap kemampuan murid, kategori kekurangan, bahan bantu mengajar, dan juga persekitaran fizikal, tempat dan masa. Ini perlu agar golongan kurang upaya masih menerima semaksimum ilmu pengetahuan tanpa ada diskriminasi. Maka, hak dan keistimewaan juga kesamarataan PJ untuk semua boleh dilunaskan.
pautan : http://ceritarasahati2.blogspot.com
6/27/2009
Pendidikan Jasmani
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.