(Pembentangan oleh Abdol Hariz dan Abdul Hadi)
MAKSUD ETIKA
- Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995).
- Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
- Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
- Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang b
ertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
ETIKA PERGURUAN
Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar
KEPENTINGAN ETIKA GURU
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana :
- Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
- Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Niat yang betul.
- Perlakuan yang baik.
- Pengerak ke arah kebaikan.
- Memperkotakan apa yang dikatakan.
- Berdisiplin dan beradab
- Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi.
No comments:
Post a Comment