kredit to baljeet2506
Bukan nak cerita pasal rama-rama....
Jadi, tanpa ayat-ayat kiasan, madah-madah indah dan simpulan kata puitis, diharap kita dapat menyelesaikan beberapa bayaran yang selama ni cukup ditunggu dan dinantikan oleh Cik Puan Sarah selaku syahbandar yang menguruskan hal-hal kewangan.
Antara bayaran-bayaran perlu diberi perhatian ialah ufti kelas (seminggu RM 2) yang boleh digunakan untuk hal-hal kelas, duit lawatan ilmiah ke ISN, duit Seminar Penyelidikan PISMP - IPG PJ S8, duit buku EDU 3109 dan Edu 3108 (boleh terus merujuk pada koordinator atau pensyarah berkenaan) serta duit jamuan Berbuka Puasa Perdana.
Selain itu, diharap dapatlah kiranya semua menyediakan beberapa not lagi untuk duit jaket korporat dan percutian bulan madu PISMP - IPG PJ S8 bersama Jabatan PJK (masih diperingkat perbincangan).
Ada apa-apa pertanyaan sila berhubung terus dengan Cik Puan Sarah. Huhu... Terbangnya duit ibarat rama-rama itu. =(
No comments:
Post a Comment