5/09/2011

tahniah

Tahniah buat kawan kawan seperjuangan yang telah keletihan menaiki menara kuala lumpur melalui. Peluh yang berbaloi. Kalau selepas ini ada sengal sengal tubuh, rehat biar lebih.
Sekalung tahniah. Tahun depan kita catat masa yang baik lagi.

4/04/2011

konvo

kita sudah konvo-eksyen..

sapa sapa yang ada gambar, muat naik la di sini.

link pun buleh..

10 q.

11/15/2010

Kita Kini Berjauhan...jauh..jauh...namun dekat..dekat..






kawan....
jauh...jauh...kita jauh...

namun
tetap dekat..dekat..dekat dihati...











10/17/2010

prOjek tErakhir...

Lawatan ke ISN.....

tarikh : 20 hb 10 2010
masa : 800-1200 malam.
tempat: ISN, Bukit Che Jalil.

10/11/2010

Peperiksaan: 'just around the coner'.

Salam kawan kawan.
Peperiksaan hampir tiba. Masa makin suntuk.

Jadi, peperiksaan pada 1, 2, dan 8 november. Yang jelas, akan dikhabarkan kelak.

9/02/2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Selamat Hari Raya buat semua warga PJK...

Ampun maaf di pinta...inilah tahun akhir kita,,jangan lah lagi nak bermasam muka, kelak kita yang binasa, nerakalah tempatnya..apa salahnya kita bertegur sapa asalkan hidup bahagia, bermaaf-maafan kita bersama jalinkan hubungan dengan penuh mesra, apa yang lahir semua dari hati yang mulia alaf, ambil ikhtibar dari segala khilaf, wahai sahabat mari kita bersama, luruskan saf sebagai seorang muslim yang setia pada agama, Allah beri peluang pada kita agar sentiasa bersama, agar hidup diberkati selamanya...SAHABAT maafkan segala kekhilafan yang lama..agar kita sentiasa bersama, siapa salah bukanlah ukurannya, cuma agama pegangan kita.. SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA SAHABAT!!!





Aku Insan Yang Lemah....

8/28/2010

Amala Yang Baik Untuk Dikongsi Bersama

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

rujukan : Facebook

8/25/2010

practice also make habit (^_^)

Pendidikan Jasmani: ENgLIsH.....

Pendidikan Jasmani: ENgLIsH.....

ENgLIsH.....

Practice make Prefect..

but

nobody is Prefect...

so

why practice......

8/24/2010

Terbangkanlah Rama-Rama Itu...

kredit to baljeet2506

Bukan nak cerita pasal rama-rama....

Beberapa hari lepas elaun sudah masuk. Alhamdulillah... Lepas juga akhirnya azab yek. Betullah orang cakap penantian satu penyeksaan dan bila berakhir saja penantian itu maka terciptalah kebahagiaan.

Jadi, tanpa ayat-ayat kiasan, madah-madah indah dan simpulan kata puitis, diharap kita dapat menyelesaikan beberapa bayaran yang selama ni cukup ditunggu dan dinantikan oleh Cik Puan Sarah selaku syahbandar yang menguruskan hal-hal kewangan.

Antara bayaran-bayaran perlu diberi perhatian ialah ufti kelas (seminggu RM 2) yang boleh digunakan untuk hal-hal kelas, duit lawatan ilmiah ke ISN, duit Seminar Penyelidikan PISMP - IPG PJ S8, duit buku EDU 3109 dan Edu 3108 (boleh terus merujuk pada koordinator atau pensyarah berkenaan) serta duit jamuan Berbuka Puasa Perdana.

Selain itu, diharap dapatlah kiranya semua menyediakan beberapa not lagi untuk duit jaket korporat dan percutian bulan madu PISMP - IPG PJ S8 bersama Jabatan PJK (masih diperingkat perbincangan).

Ada apa-apa pertanyaan sila berhubung terus dengan Cik Puan Sarah. Huhu... Terbangnya duit ibarat rama-rama itu. =(

Makluman

Untuk makluman, berikut adalah tarikh-tarikh yang perlu diberi perhatian. (Rujuk ruangan 'Semalam dan Esok')

25 Ogos 2010
Berbuka puasa / moreh di Balai Islam

27 Ogos 2010
Nuzul Quran

30 Ogos 2010
Jamuan Berbuka Puasa Perdana PISMP - IPG PJ S8

31 Ogos 2010
Hari Kebangsaan ke -53

1 September 2010
Berbuka puasa / moreh di Balai Islam

1 & 2 Septermber 2010
Audit MQF

3 September 2010
Penyerahan Kerja Kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 318)

4 - 19 September 2010
Cuti Hari Raya

20 September 2010
Penyerahan Kerja Kursus Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3109)

22 September 2010
Program Klinik Rawatan Kecemasan

26 September 2010
2010 Olympic Run

30 September 2010
Seminar Penyelidikan PISMP - IPG PJ S8

1 Oktober 2010
Penyerahan Kerja Kursus Penyelidikan Tindakan (PJM 3119)

2 Oktober 2010
Desaru International Triathlon 2010

3 Oktober 2010
Adidas King of the Road

6 Oktober 2010
Lawatan Ilmiah (PJM 3118) ke Institut Sukan Negara

10 Oktober 2010
Mizuno Run

30 Oktober 2010
Penyerahan Tugasan Projek Kecederaan dalam Sukan (PJM 3118)

31 Oktober 2010
KFC Walkathon

14 November 2010
Powerman Malaysia (Lumut, Perak)

19 Disember 2010
Malakoff 12 km and 6 km Kuala Lumpur Run

(Sebarang perubahan atau pindaan akan dikemaskini dan dimaklumkan.)

8/22/2010

suraya..bukan nama dia..

kisah cinta iskandar dengan murni sudah habis. maka, sesiapa yang belum tahu lanjutannya, sila hadir ke mcana71.blogspot.com selamat mambaca.

kawan kawan yang banyak beri sokongan, aku ucapkan jutaan terima kasih. jumpa lagi:)

tamat.

yang kedua,

ada lima acara lagi untuk kita sertai sama sama,
larian mcdoanalds, larian mizuno, adidas king of the road, powerman 10, malakoff 12 km.

8/21/2010

Kod Etika Profesion Keguruan

(Pembentangan oleh Abdol Hariz dan Abdul Hadi)

MAKSUD ETIKA
  • Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995).
  • Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
  • Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
  • Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
SKOP ETIKA PROFESIONAL

Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang b
ertakwa dalam keseluruhan hidupnya.


ETIKA PERGURUAN

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar


KEPENTINGAN ETIKA GURU

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana :
  • Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
  • Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  1. Niat yang betul.
  2. Perlakuan yang baik.
  3. Pengerak ke arah kebaikan.
  4. Memperkotakan apa yang dikatakan.
  5. Berdisiplin dan beradab
  6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi.

Elaun Terakhir 2010

bila sebut pasai elaun.....sume best...tp bila dgr elaun yang terakhir, asanya rindu plak kerana inilah elaun yang terakhir kami para bakal Graduan PISMP Pendidikan Jasmani dapat....
rindunya pada suatu ketika dahulu yang mana buat pertama kalinya menerima pemberian Elaun pada September 2005..Cukup bermakna.namun setelah hampir 5 tahun Setengah bersama elaun tersebut, akhirnya sampai masanya untuk penerimaan yang terakhir.

walaubagaimanapun, semuanya diharungi dengan hepi dan biasa2 aje.....