7/08/2010

malam jumaat

sarip baru pulang dari pengajian di surau. mendengar ceramah orang dewasa, ustaz itu berkata, "adapun barang siapa yang bersama isterinya pada malam-malam sunat, pahalanya adalah sama seperti membunuh SYAITAN".


mendengar kata-kata ustaz itu, dia berazam malam itu untuk balik dan mesti 'membunuh SYAITAN'. sebabnya? kerana nikmat pahala yang besar sekali.


sampai di rumah, seraya dia berkata pada isterinya, "yang, mari kita bunuh SYAITAN". isterinya, liza, terpinga-pinga, "apa ni bang, tiba-tiba ajak bunuh SYAITAN". "tak yang, ustaz kata, sesiapa yang 'bersama' pada malam jumaat, pahalanya sama seperti membunuh SYAITAN". liza faham penjelasan suaminya. maka, berlangsunglah....


sehingga mereka tertidur....


kira kira sejam selepas itu, sarip mengajak liza sekali lagi membunuh syaitan, sebab katanya "nak tunggu minggu depan lama lagi". liza pun ikutlah kehendak sarip. lagi dan lagi. sehingga sekali lagi tertidur...


selang tiga jam kemudia, liza pula terjaga. mainnya dalam fikiran"tak boleh jadi ni, abang ajak mesti abang dapat pahala lebih. kali ni biar aku pula yang ajak". maka dia pun mengejutkan suaminya, "bang, mari bunuh SYAITAN lagi".


"sudahlah tu sayang. kalau macam ni, bukan SYAITAN, tapi abang yang mati"......

3 comments:

  1. selamat menjadi guru yang bukan sahaja malam Jumaat tetapi malam-malan lain juga.

    ReplyDelete
  2. tu diibaratkan..kalu dh lebih2, nafsu yg kawal diri....kalu nafsu kawal diri, setan pun suko...niat nk bunuh setan tetibe jd member plok

    ReplyDelete
  3. jkr..ten q ten q..setiap malam setiap hari..

    cikgu grik..hahahahhahaha..aku tak leh kawal nafsu makan ni..camne?
    hahahahaa

    ReplyDelete