7/05/2010

Kita Asyik Lawan Bola.....

Perlawanan persahabatan Bola Sepak 11 sebelah bersama TNB, Seremban.

Kepada semua pemain-pemain T-cheer's FC, sila bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan liga juara-juara persahabatan. Perlawanan kedua pada peringkat kumpulan akan bertemu pasukan TNB, Seremban pada :

Masa : 5.30 petang
tarikh : o9.07.2001.
Hari :Jumaat


Perlawanan sebelum ini pertemuan diantara T-Cheer's FC vs Aboy Jelebu FC yang berkesudahan seri adalah agak memuaskan bagi pasukan kita kerana dapat menyamai kedudukan pada minit-minit akhir perlawanan setelah gagal dalam 4 percubaan tepat sebelumnya dari seorang pemain bahagian tengah yang gagal menyumbat masuk bola ke gawang gol lawan walaupon berada di posisi satu lawan satu. Perlawanan yang berkesudahan 1-1 ini menyaksikan, pasukan lawan mendahului pada pertengahan separuh masa pertama dengan sepakan kencang ke arah kiri pintu gol..dengan keputusan seri 1 sama membuatkan pasukan kita menjadi lebih yakin kerana berjaya mengikat pasukan yang kuat sikit dari kita ini. Tahniah juga diucapkan kepada pengaja gawang pasukan yang telah menyelamatkan sepakan penalti pasukan lawan pada pertengahan separuh masa kedua. Tahniah juga kepada semua pemain yang beraksi dengan baik. permain terbaik perlawanan dianugerahkan kepada saudara Aizuddin dan Amirul yang mempamerkan permainan yang kemas dan sopan santun yang sering kali dapat pujian dari ibu dan ayah mertua masing-masing.

kepada semua penyokong T-cheer's FC anda dijemput lagi untuk membanjiri stadium astaka di amour di IPRM seperti biasa.

Akhir kata, majulah sukan untuk tahun akhir...

"ke Arah Permainan Barca bawah 12 tahun"

No comments:

Post a Comment