Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Raja Melewar, Seremban, NSDK. Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan-Institut Pendidikan Guru Malaysia (PISMP-IPGM) Major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2007.
5/13/2010
1/20/2010
basikal
10/13/2009
Kreteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian.
ini adalah hasil perbincangan di dalam kelas. sila tinggalkan Komen jika ada sebarang pendapat.
mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan.
1. Infrastruktur/kemudahan yang mesti ada di sekolah (kelas pendidikan khas).
a. Sesuaikan tempat dengan keupayaan pelajar
b. Kawasan selamat
2. Tenaga pengajar
a. Kursus yang kerap – meningkatkan keupayaan guru untuk mengajar
b. Pengurusan masa yang betul – aktiviti/rehat/aktiviti
c. Perasaan kepada anak murid/sikap guru
d. Peneguhan positif
e. Bilangan tenaga pengajar sesuia dengan bilangan murid
f. Tenaga pengajr yang mempunyai kelayakan
3. Perkembangan murid
a. Berdasarkan pengalaman lepas
b. Proses penilaian untuk kenalpasti tahap keupayaan murid
c. Perkembangan fizikal dan perkembangan motor
4. Kreteria pemilihan aktiviti
a. Aktiviti yang menyeronokkan murid
b. Guna semua panca indera/teknik merangsang
i. Secara verbal
ii. Demokrasi
iii. Sentuhan/gerakan anggota murid
c. Guna analisis tugasan
d. Ubah suai pekara yang perlu – peraturan/peralatan/masa/cara mengajar
5. Persekitaran budaya dan tempat
a. Keadaan kurang selamat boleh menjejaskan keyakinan murid untuk belajr
b. Persekitaran melibatkan semua – masyarakat/keluarga/sekolah
9/27/2009
9/08/2009
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
jika ada kesalahan atau kesilapan, sila tinggalkan KOMENTAR anda.
PJ untuk semua menekan kesamarataan peluang pendidikan untuk semua. Tidak kira mereka adalah daripada golongan yang normal, golongan berkeperluan khas, mahupun golongan yang kurang upaya. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga berkait rapat dengan perkembangan menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Kaitannya dengan PJ Suaian ialah golongan yang kurang upaya boleh mengikuti dan mempelajari kemahiran dalam PJ sama seperti golongan normal, tetapi dengan beberapa cara sehingga tahap kemampuan mereka. Ini bermaksud, tenaga pengajar menggunakan kurikulum yang sama, tetapi perlu menyesuaikan aktiviti yang mahu dilakukan sewaktu kelas PJ.
Antara faktor-faktor penting yang perlu diberikan perhatian ialah tahap kemampuan murid, kategori kekurangan, bahan bantu mengajar, dan juga persekitaran fizikal, tempat dan masa. Ini perlu agar golongan kurang upaya masih menerima semaksimum ilmu pengetahuan tanpa ada diskriminasi. Maka, hak dan keistimewaan juga kesamarataan PJ untuk semua boleh dilunaskan.
pautan : http://ceritarasahati2.blogspot.com
8/12/2009
dan, rasanya 17/10/09 kami akan merancang satu kejohanan duathlon secara underground. siapa yang berminat, bolehlah membina pasukan anda atau pun bersedia untuk acara single.
acara yang akan diadakan ialah team relay (seorang/dua pelari, satu tukang kayuh basikal) dan single (dia buat semua). anda juga boleh masuk acara mix (lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan, tiada pondan atau tomboy).
terima kasih.
7/14/2009
Pak Cik Kayo!!!
Setelah sekian lama hanya meneguk air suam sampai kekembungan,
Setelah sekian lama kepingin memegang not seratus,
Setelah sekian lama tidak singgah di Jusco, Tesco mahupun The Store,
Setelah sekian lama tidak menjenguk Bank Simpanan Malaysia,
Setelah sekian lama hanya,
Akhirnya...
6/29/2009
Praktikum!
Berikut adalah senarai nama guru pelatih dan sekolah untuk menjalankan praktikum bagi unit ini :
1. Amir & Aiman (SK Temiang)
2. Mc & Rush (SK Dato' Akhir Zaman)
3. Ros & Vicky (SK Nyatoh)
4. Izza & Sarah (SK Seremban 2 A)
5. Baz & Sasa (SK Seremban 2 B)
6. Min & Nurul (SK Wawasan Seremban 2)
7. Aza & Kak Cik (SK Tuanku Jaafar)
8. Bosh & Paan (SK Mantin)
9. Alel & Amelia (SK Pedas)
10. Wan, Hadi & Nyong (SK St. Paul)
Praktikum kali ini berlangsung selama 2 bulan bermula pada hari Isnin, 29 Jun 2009. Ini merupakan kali kedua bagi unit ini menjalani praktikum. Masalah utama yang jelas ketara pada praktikum kali ini ialah masalah mencari penempatan luar bagi memudahkan perjalanan ke sekolah masing-masing dalam masa 2 bulan ini, terutama bagi guru pelatih yang menjalani praktikum di sekolah yang jauh dari kawasan asrama.
6/27/2009
Pendidikan Jasmani
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.
