7/19/2010

Dia Datang Lagi!!!

PERHATIAN!!!

Kepada semua ahli-ahli jemaah menteri dan rakyat jelata, kita diminta menyedia dan menyiapkan fail untuk semester 7 pula daaa... Haha... Azab datang lagi!
So, sesiapa yang sudi berkongsi bahan bolehlah meneruskan hajat tersebut. Sedia dan siapkan. Sesiapa yang agak-agak dah siap tu bolehlah letak terus di markas utama kita.

"Majulah MQF Untuk Kita!"

7/15/2010

Raja Melewar 10's Rugby Tournament 2010

Raja Melewar 10's Rugby Tournament 2010

kejohanan ini adaah kejohanan kali ke-2 diadakan di IPG kampus Raja Me;ewar, Seremban.. berkat usaha pemain serta AJK yang terlibat demi menjayakan kejohanan ini...bg penyokong rugby ini, jgn lupa utk saksikan kejohanan yang akan menjadi tradisi IPG KRM dalam melangkah ke dunia yg lebih maju dalam Dunia Sukan...

Tarikh : 24 & 25 Julai 2010.
Tempat : ASTAKA IPG KRM, Seremban, NSDK.
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg

Kategori :
- IPGM
- Sekolah

Pasukan IPG KRM akan menghantar 2 pasukan iaitu The King yang mana pada kejohanan terdahulu menyandang Champ Plate manakala The Prince merupakan Naib Johan bg kategori Bowl...

Datanglah memberi sorakan yang penuh dengan semangat memperjuangkan sukan..

"MAJULAH SUKAN UNTUK KITA"
"Real Man Play Rugby"

"Ke Arah Permainan ALL BLACK"

Elaun

Elaun telah memasuki akaun masing2..sila-sila la g tgk kat bank masing2.....utk pengetahuan anda sume, elaun kita hanya msk 2 bln je..tp tak bermakna takat tu je...ni suma pasai BPG kekurangan duitutk disalurkan kepada kita insan2 yang bertuah ni...jd sesama la kita berjimat cermat disamping menunggu ekaun yang akan datang...

PERHATIAN :

Jumlah RM 1190.00 ( 2 Bln )
*jumlah ni bersih...x dipotong kerna de sbb yang tertentu....elaun nnt mayb akn dipotong bg ssiapa yang duduk di kolej kediaman....yg dok luar dpt penuh...

"Berbelanja Secara Efektif"

7/14/2010

Assalamualaikum WBT...

Yang pertama sekali elOk lah kita sama2 membacakan Al-fatihah kepada arwah nenek saudari azakiah dan datuk iQbal yang baru sahaja meninggal dunia pada minggu lepas dan minggu ini...Al-fatihah.....

Nilai, sebuah bandar yang terkenal dengan bandar gedung barangan murah apa saja...apa saja yang kita nk suma da dekat nilai..harga dia pon boleh tahan la murah,,ramai yang pi sana tok beli barang..ada satu ari tu, aku gi aku nampak satu rombongan yang meniki bus persiaran dan nombor pendaftarannya bermula dengan huruf D, bermakna dorg yang datang tuh asalnya dari KELANTAN la...KELANTAN>NOGORI SEMBILAN.. jauh tu...mamang betOi kOt barang kat sana murah,,aku gi pOn ri tu tgk2 n beli jersi bola team T-cheer's la ng kawan2 T-cHeer's suma..mang best la time tuh ramai2 gi..jOm kengkawan kita g lagi...ehehe..

Tapai..eh..tapi, apa yang aku nk ckp kt blog ni sebenarnya ak nk ckap sal frenly bola yang akan diadakan pada :

tarikh : 15hb julai 2010
masa : 5.00 petang
tempat : padang utama maktab.

Team yang kita akan tentang pada masa di ats tu adalah pasukan yang sudah 2 kali kita bermain, dan keputusan perlawanan adalah seperti berikut :

Perlawanan pertama : T-Cheer's FC vs Cikgu2 Nilai

3 5

Perlawanan Kedua : T-Cheer's FC vs Cikgu2 Nilai

4 0

Begitulah keputusan bagi kedua2 perlawanan, perlawanan terakhir ini dikira perlawan penentu hidup dan mati diantara kedua2 pasukan kerana maruah yang di bawa oaleh semua pemain...Jadi kepada semua pemain diharap dapat turun awal pada hari perlawanan bagi menyediakan team yang mantap dan terbaik!!

* Ke Arah Permainan Barca !"


Sekian,

Lelaki Be.....

7/09/2010

Al- Fatihah

Kepada sahabat2 sekalian, Nenek kepada Noor Azakiah Bt Abd Aziz yg merupakan sahabat kita telah kembali ke rahmatullah.. jd marilah kita bersama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah nenek beliau.Semoga roh nenek beliau ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman....

Al-Fatihah....

7/08/2010

malam jumaat

sarip baru pulang dari pengajian di surau. mendengar ceramah orang dewasa, ustaz itu berkata, "adapun barang siapa yang bersama isterinya pada malam-malam sunat, pahalanya adalah sama seperti membunuh SYAITAN".


mendengar kata-kata ustaz itu, dia berazam malam itu untuk balik dan mesti 'membunuh SYAITAN'. sebabnya? kerana nikmat pahala yang besar sekali.


sampai di rumah, seraya dia berkata pada isterinya, "yang, mari kita bunuh SYAITAN". isterinya, liza, terpinga-pinga, "apa ni bang, tiba-tiba ajak bunuh SYAITAN". "tak yang, ustaz kata, sesiapa yang 'bersama' pada malam jumaat, pahalanya sama seperti membunuh SYAITAN". liza faham penjelasan suaminya. maka, berlangsunglah....


sehingga mereka tertidur....


kira kira sejam selepas itu, sarip mengajak liza sekali lagi membunuh syaitan, sebab katanya "nak tunggu minggu depan lama lagi". liza pun ikutlah kehendak sarip. lagi dan lagi. sehingga sekali lagi tertidur...


selang tiga jam kemudia, liza pula terjaga. mainnya dalam fikiran"tak boleh jadi ni, abang ajak mesti abang dapat pahala lebih. kali ni biar aku pula yang ajak". maka dia pun mengejutkan suaminya, "bang, mari bunuh SYAITAN lagi".


"sudahlah tu sayang. kalau macam ni, bukan SYAITAN, tapi abang yang mati"......

Bestnyer...

Hari Khamis....de pasar malam kt depan umah sewa jejaka terbaek...walaupon sibuk org dok berniaga kt depan umah...tp dengan kehariran member2 dari asrama mai sama2 makan skali cukup memberi nikmat walaupun bermenukan nasik kerabu, nasik dagang, nasik putih, rangka aya beserta air dr sukida yang di beli di Family Store...rasa laen kerna dh x dok kat asrama mktab yang bnyk karenah....

"Ke Arah Hari Yang Terindah"

7/06/2010

Tahniah!!!

Tahniah kepada pemain ragbi maktab yang terlibat dengan Liga Negeri Sembilan 2010.
Pencapaian yang membanggakan..Pertama kali turun beraksi sudah merangkul Juara Plate...
tahniah dan syabas....
Ini menjadikan kita semakin matang dalam dunia ragbi....Teruskan....

Sekalung Budi :
1. Rushdee
2. Anas
3. Aiman Safwan

Pelajar semestar 8 yang memberi sumbangan kepada pasukan....Pada yang Jr. teruskan untuk masa hadapan.....

" Ke Arah Permainan All Black 2010 "

kawan vs propaganda

Kawan....
kenapa perlu kita berpisah?

kawan yang dulunya selalu mengembirakan disaat duka,
kawan yang dulunya selalu menceriakan di saat terseksa, kini terpisah atas dasar....

Propaganda...

"kawan vs propaganda"AKU SEDIH............LB....................

7/05/2010

Kita Asyik Lawan Bola.....

Perlawanan persahabatan Bola Sepak 11 sebelah bersama TNB, Seremban.

Kepada semua pemain-pemain T-cheer's FC, sila bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan liga juara-juara persahabatan. Perlawanan kedua pada peringkat kumpulan akan bertemu pasukan TNB, Seremban pada :

Masa : 5.30 petang
tarikh : o9.07.2001.
Hari :Jumaat


Perlawanan sebelum ini pertemuan diantara T-Cheer's FC vs Aboy Jelebu FC yang berkesudahan seri adalah agak memuaskan bagi pasukan kita kerana dapat menyamai kedudukan pada minit-minit akhir perlawanan setelah gagal dalam 4 percubaan tepat sebelumnya dari seorang pemain bahagian tengah yang gagal menyumbat masuk bola ke gawang gol lawan walaupon berada di posisi satu lawan satu. Perlawanan yang berkesudahan 1-1 ini menyaksikan, pasukan lawan mendahului pada pertengahan separuh masa pertama dengan sepakan kencang ke arah kiri pintu gol..dengan keputusan seri 1 sama membuatkan pasukan kita menjadi lebih yakin kerana berjaya mengikat pasukan yang kuat sikit dari kita ini. Tahniah juga diucapkan kepada pengaja gawang pasukan yang telah menyelamatkan sepakan penalti pasukan lawan pada pertengahan separuh masa kedua. Tahniah juga kepada semua pemain yang beraksi dengan baik. permain terbaik perlawanan dianugerahkan kepada saudara Aizuddin dan Amirul yang mempamerkan permainan yang kemas dan sopan santun yang sering kali dapat pujian dari ibu dan ayah mertua masing-masing.

kepada semua penyokong T-cheer's FC anda dijemput lagi untuk membanjiri stadium astaka di amour di IPRM seperti biasa.

Akhir kata, majulah sukan untuk tahun akhir...

"ke Arah Permainan Barca bawah 12 tahun"

Jemputan Ragbi 10's Raja Melewar, Seremban...

Kejohanan Ragbi 10's Raja Melewar, Seremban, NSDK Edisi Ke-2,2010.
"Ke Arah Permainan All Black"

Tarikh : 24 & 25 Julai 2010
Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat : Padang Ragbi IPG Kampus Raja Melewar, Seremban

mari bersama memeriahkan kejohanan....

Pembetulan

Seribu kemaafan aku ucapkan pada Aiman. Tak perasan pula ada error pada keputusan peperiksaan tu. Sorry, Aiman. Serius tak perasaan. Tu lah pakcik ni lemah sikit bila bermain dengan nombor.

Kesilapan editor

Yang sebenarnya, inilah keputusannya.

Muhammad Aiman (3.21, 3.42)

Minta maaf banyak-banyak atas kesilapan, kelalaian, kekalutan, keberantakkan yang berlaku. Terima kasih kepada Sarah, Hadi dan Rushdee yang menegur.

Man, jangan report ISA tau aku silap tulis di blog ni.

7/04/2010

Dah Keluar!

Baru cakap, dah keluar hari ni. Bagus betul! Efisyen betul pengurusan sekarang ni yek... Alangkah indah kalau bab elaun pun secepat ini kan. Haha...

Ok, ni adalah keputusan yang sering dinantikan oleh para pesaing. Tahniah bagi yang berjaya dalam misinya. Tapi syukurlah sebab semua lulus, tak ada yang kandas. Itu yang penting, meneruskan kecemerlangan PISMP - IPG Pendidikan Jasmani 2007.

* (Semester 7, Terkumpul)

Abdol Hariz (3.34, 3.49), Abdul Hadi (3.41, 3.52), Aizan Syazwan (3.52, 3.59), Amir Faiz (3.30, 3.44), Azwan (3.21, 3.40), Farhan (3.39, 3.48), Izza Muazzah (3.61,3.67), Mohd Khalil (3.50, 3.56), Mohd Noor Rushdee (3.45, 3.53), Muhamad Ridzuan (3.64, 3.59), Muhammad Aiman (3.21, 2.42), Noor Amelia (3.61, 3.62), Noor Azakiah (3.57, 3.66), Nur Bazlina (3.45, 3.61), Nur Shahida (3.39, 3.64), Nurhafizah (3.63, 3.70), Nurul Syahiza (3.25, 3.50), Siti AMinah (3.25, 3.53), Siti Sarah (3.55, 3.61), Vickneswaran (3.45, 3.54), Wan Mohd Rosdi (3.34, 3.50)

Tahniah!

Keputusan Peperiksaan Semester 7

Untuk makluman rakan-rakan kelas, keputusan peperiksaan untuk semester lepas (semester 7) akan dikeluarkan oleh Unit Peperiksaan pada 7 Julai 2010 bersamaan dengan 24 Rejab 1431 yang jatuh pada hari Rabu.
Rakan-rakan bolehlah melihat sendiri keputusan itu di papan kenyataan Unit Peperiksaan atau tunggu KU mengambil keputusan tersebut (itu pun kalau KU rajin...).

Segala pindaan akan diberitahu dari semasa ke semasa. InsyaALLAH...


7/02/2010

seremban half marathon.

kawan kawan, sermban half marathon akan kembali pada 11 Julai 2010 ini. sesiapa yang berminat boleh mengabil borang daripada saya, atau sila klik
http://www.serembanhalfmarathon.com/

mereka yang telah mendaftar, saya ucapkan selamat berjuang.

jumaat yang lepas, satu majlis penyampaian medal untuk standart chartered kl marathon.
saya ucapkan tahniah kepada semua, kerana kita semua pulang dengan kejayaan. buktikan pada rakan rakan laian sebagai satu motivasi kepada mereka.

nanti saya akan update gambar gambar tersebut.

untuk maklumat lain tentang kl marathon tersebut, sila klik
http://mcana71.blogspot.com/2010/06/kl-marathon_29.html
http://mcana71.blogspot.com/2010/06/standart-chartered-kl-marathon-2010.html

Pembentangan EDU 3109

(Berpandukan pro-forma yang telah diedarkan kepada semua.)

Tajuk 1 & 7
Nur Hafizah
Muhammad Aiman
Amir Faiz
Noor Azakiah

Tajuk 2 & 8
Siti Sarah
Vickneswaran
Muhamad Ridzuan
Nur Shahida

Tajuk 3 & 9
Nurul Syahiza
Abdol Hariz
Nur Bazlina
Farhan

Tajuk 4 & 10
Aizan Syazwan
Mohd Noor Rushdee
Siti Aminah

Tajuk 5 & 11
Noor Amelia
Azwan
Wan Mohd Rosdi

Tajuk 6 & 12
Mohd Khalil
Izza Muazzah
Abdul Hadi

NOTA : Kepada setiap kumpulan, tolong serahkan salinan hard-copy kepada Encik Riduan sebelum pembentangan dan serahkan pembentangan dalam bentuk soft-copy kepada ketua unit.

Pembentangan PJM 3118

(Berpandukan pro-forma yang telah diedarkan kepada semua.)

Tajuk 1 & 2
Mohd Noor Rushdee, Aizan Syazwan & Siti Aminah

Tajuk 4 & 5
Abdul Hadi, Azwan & Nur Shahida

Tajuk 6 & 7
Wan Mohd Rosdi, Vickneswaran & Nur Hafizah

Tajuk 8 & 9
Amir Faiz, Muhammad Aiman & Siti Sarah

Tajuk 10 & 11
Mohd Khalil, Farhan & Nurul Syahiza

Tajuk 12 & 13
Abdol Hariz, Muhamad Ridzuan & Noor Azakiah

Tajuk 14 & 15
Noor Amelia, Nur Bazlina & Izza Muazzah

NOTA : Kepada setiap kumpulan, tolong serahkan salinan hard-copy kepada Encik Bisshukri sebelum pembentangan dan serahkan pembentangan dalam bentuk soft-copy kepada ketua unit.

Sekian, harap maklum.

Jadual Terbaru PISMP PJ Semester 8 2010

Klik untuk besarkan apa yang kecil!

Ini jadual terbaru untuk kelas kita. Semua dah dapatkan? Ada tambahan dan pembetulan sikit (mansuhkan jadual yang dapat tu), hari Rabu jam 10.15 - 11.15 pagi confirm ada kelas Encik Bisshukri (Kecederaan dalam Sukan).

Action Research untuk hari Isnin (8.45 - 10.45 pagi) merupakan kelas bersama Dr. Hasnah.
Manakala Action Research pada hari Isnin (11.15 - 1.15 petang) dan hari Khamis (7.45 - 9.45 pagi) adalah perjumpaan bersama penyelaras masing-masing.
Bagi Action Research pada hari Jumaat (8.00 - 10.00 pagi) adalah perjumpaan sama ada dengan penyelaras masing-masing ataupun Dr. Hasnah.

Sekian, harap maklum.

Semester Terakhir

heroes of war by Dholl


Masuk sudah sesi kedua tahun 2010 dan merupakan semester terakhir bagi PISMP - IPG 2007.
Mulai tahun depan kita akan memulakan hidup sebagai seorang guru sebenar. InsyaALLAH...

Untuk tahun ni kita akan belajar 3 subjek untuk peperiksaan iaitu; KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118), GURU DAN CABARAN SEMASA (EDU 3109) dan ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3108)

Selamat berjuang hingga titisan darah terakhir!